Sunday, 30 October 2016

DI SEBALIK NAMA

Nur Fahiza binti Zainudin merupakan nama saya, Bakal berumur 20 tahun pada November akan datang. Lahirnya di bumi Johor Darul Takzim serta membesar di tempat yang sama. Berhijrah ke negeri Perak demi menuntut ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kos Kesusasteraan Melayu. Perjalanan untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda iaitu dari zaman sekolah tadika sehinggalah STPM merupakan suatu pengalaman berharga.

Sebenarnya, setelah tamat SPM, saya tidak pernah menetapkan satu matlamat dalam bidang pelajaran. Hanya mengikut sahaja rentak kehidupan dan menerima takdir. Walaupun saya ada menghadiri temuduga untuk Asasi TESL, saya tidak meletak harapan yang tinggi untuk diterima. Saya terus mendaftar sebagai palajar tingkatan enam dan di sinlah bermulanya kehidupan saya dengan matlamat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah muda di universiti tempatan. 

Ahli keluarga banyak memberi sokongan, kata-kata semangat yang membuatkan saya terus berdiri teguh menghadapi cabaran dan dugaan. Tidak lupa Guru-guru dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan guru-guru semasa STPM yang banyak memberi ilmu yang membuatkan saya layak menjadi pelajar UPSI. 


No comments:

Post a Comment