Sunday, 13 November 2016

KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 

Berikut merupakan peta minda bagi Bab 1, Komponen, Etika, dan Keselamatan Komputer. 



Seterusnya, tugasan menulis surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Saya juga telah menggunakan Mail Merge. Mail Merge ini memudahkan kita untuk menghantar surat kepada pelbagai orang tanpa perlu mencetak surat yang sama berulang kali. Hanya perlu tukar nama dan alamat penerima sahaja. Berikut merupakan contoh seperti dalam buku Kompetensi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi.

Surat Pengesanan Graduan



Berikut merupakan latihan surat rasmi dengan mempraktikkan Mail Merge.

Latihan Surat Rasmi 




Seterusnya, saya telah membuat lima sijil dan juga menggunakan Mail Merge. Untuk sijil, saya hanya menukar nama dan nombor kad pengenalan. 





Selain itu, saya telah membuat latihan Microsoft Excel mengikut contoh dalam buku. Latihan ini melibatkan VLOOKUP dan COUNTIF.

Microsoft Excel







 Berikut merupakan latihan untuk Microsoft Excel. Keuntungan Kedai Kek bagi tempoh enam bulan.

Latihan Microsoft Excel





Seterusnya, persembahan Microsoft PowerPoint. Berikut merupakan contoh seperti dalam buku.

Microsoft Powerpoint


Berikut pula merupakan latihan untuk Microsoft PowerPoint.

Slide mengenai diri saya.





Selain itu, saya membuat muka depan majalah menggunakan perisian GIMP



Contoh muka depan majalah yang sudah lengkap.





Seterusnya, membuat blog menggunakan blogger dan akhir sekali, menggunakan Audacity. Saya telah 'change pitch' dan menaikkannya, menjadikan lagu Memori Berkasih kedengaran seperti suara 'chipmunk'.

Memori Berkasih - Siti Nordiana dan Achik

Dengan menggunakan Moviemaker, saya telah membuat video.




Sunday, 30 October 2016

DI SEBALIK NAMA

Nur Fahiza binti Zainudin merupakan nama saya, Bakal berumur 20 tahun pada November akan datang. Lahirnya di bumi Johor Darul Takzim serta membesar di tempat yang sama. Berhijrah ke negeri Perak demi menuntut ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kos Kesusasteraan Melayu. Perjalanan untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda iaitu dari zaman sekolah tadika sehinggalah STPM merupakan suatu pengalaman berharga.

Sebenarnya, setelah tamat SPM, saya tidak pernah menetapkan satu matlamat dalam bidang pelajaran. Hanya mengikut sahaja rentak kehidupan dan menerima takdir. Walaupun saya ada menghadiri temuduga untuk Asasi TESL, saya tidak meletak harapan yang tinggi untuk diterima. Saya terus mendaftar sebagai palajar tingkatan enam dan di sinlah bermulanya kehidupan saya dengan matlamat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah muda di universiti tempatan. 

Ahli keluarga banyak memberi sokongan, kata-kata semangat yang membuatkan saya terus berdiri teguh menghadapi cabaran dan dugaan. Tidak lupa Guru-guru dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan guru-guru semasa STPM yang banyak memberi ilmu yang membuatkan saya layak menjadi pelajar UPSI.